Jul 11, 2018

Penerima Bantuan Am JKM Dibayar Mulai Ogos 2018

MELAKA TENGAH - Semua penerima bantuan am daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri Melaka akan menerima bayaran berkenaan menerusi akaun bank masing-masing bermula Ogos ini.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata penerima bagi daerah Jasin dan Alor Gajah dijadualkan menerima bayaran pada Ogos manakala penerima di daerah Melaka Tengah pada September.

“Inisiatif ini dilakukan bagi memudahkan urusan penerima bantuan yang sebelum ini perlu berulang-alik ke Japerun pada setiap bulan untuk mendapatkan wang bantuan tersebut yang dibayar secara tunai,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank atas sebab-sebab tertentu, wakil JKM atau Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) akan menghantar bantuan tersebut terus ke rumah mereka.

“Rakyat negeri ini yang layak menerima bantuan kebajikan namun masih tidak mendapatnya, dinasihatkan mendaftar terus di JKM tanpa melalui wakil rakyat atau Majlis Pengurusan Komuniti Kampung. -Bernama

0 comments

Post a Comment