Jul 14, 2019

Dalang Sebar Video Semburit Mirip Menteri Ditangkap

KUALA LUMPUR 14 Julai - Rakyat ingin mengetahui siapa pelaku dalam video seks sejenis melibatkan bekas Ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dengan seorang lelaki yang didakwa seorang menteri Kabinet.

Adik Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Ummi Hafilda Ali mendakwa rakyat tidak berminat untuk mengetahui dalang disebalik penyebaran video berkenaan.

Sebaliknya, menurut adik bongsu kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali itu, rakyat mahu tahu siapa pelaku dalam video tersebut dan perlu diserat ke muka pengadilan.

"Rakyat tak minat nak tahu siapa dalang. Yang kita nak tahu siapa yang menjalang dalam video itu.

"Wajib diseret ke muka pengadilan. Jijik dan keji," tulis Ummi Hafilda dalam Facebook.

Haziq Abdullah yang juga bekas Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin sebelum ini telah mengakui dia merupakan salah sorang pelaku dalam video seks yang menimbulkan kegemparan di seluruh negara.

Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador semalam mengesahkan pihaknya sudah mengenal pasti dalang di sebalik penyebaran klip video seks sejenis menyasarkan seorang menteri kanan pada bulan lalu.

Katanya, penyebaran video itu dibuat melalui pakatan tertentu dan beberapa individu sudah ditahan, tetapi beliau enggan mendedahkan identiti mereka. UTUSAN

0 comments

Post a Comment