Oct 22, 2017

Hilangnya Nilai Moral Pemimpin Politik Di Malaysia

Negara sedang berhadapan dengan keruncingan masalah kehilangan keyakinan rakyat terhadap integriti kepimpinan negara dalam kerajaan dan pembangkang dan juga dalam institusi-institusi penguatkuasa yang diharapkan untuk melakukan pembersihan.

Rasuah

Berita terkini bekas menteri Shafie Afdal ditahan oleh SPRM tetapi Pejabat Peguam Negara pula menubuhkan pasukan petugas khas untuk membantu siasatan rapi keatas Ketua Pesurohjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad kerana dikatakan terlibat dengan skandal.

Kerguan sama ada benar atau tidak Tan Sri Dzulkifli terpalit dengan dakwaan mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita menampakkan seperti ada kebenaran bila siasatan berlaku keatas kesnya. Maka integritinya menjadi persoalan untuk meneruskan tanggungjawab.

Sama seperti siasatan kes Forex keatas Tun Mahthir yang menimbulkan berbagai prasangka tetapi dalam kes Tan Sri Dzulkifli lebih berat implikasinya kerana beliau sedang menjadi tumpuan perhatian masyarakat kerana keberaniannya bertegas membongkar, mendedah dan bertindak terhadap beberapa kes rasuah yang selama ini tertutup.

Secara sepontan pandangan umum tindakan terhadap Dzulkifli merupakan tindakan balas yang mengingatkan kepada pepatah Inggeris "Mereka yang tinggal di rumah kaca janganlah membaling batu" (People who live in glass houses shouldn't throw stone".

Bekas KPN Tan Sri Musa Hassan dalam tweetnya berdakwah "Tegakkanlah keadilan dengan tegas-QS4 An-Nisaa:135".

Beliau tentulah sedar, ini sekadar pengucapan retorik yang beliau lebih faham sebagai bekas Ketua Polis Negara betapa sukarnya untuk bertegas kerana pandang kiri pandang kanan, pandang atas pandang bawah, pandang siang, pandang malam semuanya terpalit.

Kita berhadapan dengan masalah kehilangan keyakinan rakyat yang amat ketara terhadap nilai moral dan kemurnian kepimpinan, kita tidak mempunyai kepimpinan yang berintegriti dari semua institusi dari atas kebawah, dari politik hingga kepada institusi penguatkuasaan kerajaan.

Tun Mahathir meminta rakyat memberikan keyakinan kepada Pakatan Harapan tetapi kebersihan kepimpinan barisannya juga menjadi persoalan.

Mahathir sendiri tidaklah sebersih atau setaraf integriti Lee Kuan Yew Perdana Menteri Singapura yang nekad dan berani menanam nilai negara bersih bermaruah tanpa belas kasihan.

Mahathir lebih mementingkan kemanusiaan dan kawan.

Negara kita hebat dengan sejarah tindakan-tindakan pembongkaran skandal, rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa bukanlah kerana matlamat untuk integriti negara tetapi untuk integriti politik dan pengekalan kuasa.

Ini adalah warisan politik negara dari sejak awal kepimpinan negara hingga sekarang yang sukar untuk ditamatkan sekalipun pimpinan silih berganti, dari kes Datuk Haron Idris hingga kepada Anwar Ibrahim, Shafie Afdal dan terkena pada Mahathir sendiri.

Apakah masih ada chahaya dihujung terowong? -zamkata

0 comments

Post a Comment