May 26, 2018

Gadis Dibunuh Selepas Ugut Sebar Gambar Dan Video Intim

PORT DICKSON - Pelajar perempuan Kolej Vokasional Port Dickson yang ditemui mati di tepi sebatang jalan di sini pada 24 Mei 2018 lalu dipercayai dibunuh selepas dia mengugut mahu menyebarkan gambar mesranya dengan suspek kepada pihak ketiga.

Menurut sumber polis, mangsa, Nur Alya Damia Hairi, 19, juga dipercayai mengugut mahu menyebarkan mesej dari aplikasi WhatsApp serta video lama mereka berdua kepada kekasih baru suspek.

“Suspek bertengkar dengan mangsa dalam kereta dinaiki mereka disebabkan perkara itu.

"Suspek hilang sabar dan bertindak mencekik leher mangsa dan menyangka mangsa hanya pengsan selepas pergelutan itu.

“Suspek kemudian mengelap darah yang keluar dari hidung mangsa menggunakan tuala kecil sebelum menolaknya keluar dari kereta di kawasan semak di tepi jalan berhampiran perumahan itu,” katanya ketika dihubungi pemberita.

Dalam pada itu, sumber polis berkata, kereta jenis Proton Wira yang digunakan suspek dalam kejadian itu adalah milik bapanya dan polis turut menemui tuala kecil yang digunakan suspek bagi mengelap darah mangsa di lokasi kejadian. -kosmo

0 comments

Post a Comment