Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, Surayati Ibrahim telah ditukarkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkuatkuasa pada Selasa lalu.
Masyati Abang Ibrahim
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata, tempat beliau digantikan oleh Masyati Abang Ibrahim bermula Rabu lalu.
“Masyati sebelum ini merupakan Perunding Kanan di Bahagian Transformasi Sektor Awam, JPA dan berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan pengurusan,” katanya dalam satu kenyataan. -utusan
0 comments
Post a Comment