May 16, 2018

Laporan Audit 1MDB Kini Boleh Dibaca

Laporan audit berhubung syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kini boleh dibaca di laman web Jabatan Audit Negara.

Laporan 1MDB

Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad berkata, berdasarkan kepada Laporan Pengauditan yang dikelasifikasikan sebagai rahsia pada 22 Januari 2015 dan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Awam Negara (PAC) pada 4 Mac 2015 kini telah dikelaskan sebagai dokumen terbuka.

“Ringkasan eksekutif tentangnya boleh didapati di portal Jabatan Audit Negara di www.audit.gov.my,” katanya menerusi satu kenyataan.


Pada 12 Mei lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengarahkan laporan audit 1MDB bukan lagi di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Mahathir sudah mengarahkan polis mengeluarkan laporan audit itu yang diklasifikasikan di bawah OSA.

Laporan audit 1MDB itu dibentangkan Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) di Parlimen pada April 2016 namun, bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang mengklasifikasikan laporan itu di bawah OSA dan tidak pernah dibahaskan di Parlimen. -k

0 comments

Post a Comment