CIUDAD JUAREZ - MEXICO. Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dalam tiga kejadian tembakan di utara Juarez, yang terkenal dengan keganasan berkaitan geng dadah.
Salah satu serangan berlaku di bahagian utara selatan bandar tersebut, di mana lapan orang yang berkumpul menyaksikan perlawanan Piala Dunia antara Mexico dan Korea Selatan ditembak kumpulan lelaki bersenjata, menyebabkan enam mangsa terbunuh dan dua lagi cedera.
Dalam kejadian berasingan di pusat bandar berkenaan, lima penyokong Mexico yang berkumpul di sebuah premis turut ditembak mati oleh sekumpulan lelaki yang datang menaiki van biru.
"Sejam sebelum serangan itu, tiga lelaki diculik dari kawasan kejiranan di pinggir Juarez dan mereka turut dibunuh," kata polis.
Pembunuhan terbaharu itu menyaksikan angka kematian akibat keganasan di bandar tersebut meningkat kepada 128 orang, bulan ini.
Lebih 200,000 orang telah terbunuh di Mexico sejak kerajaan melancarkan kempen perang dadah pada 2006, dan angka rasmi tidak menyatakan jumlah mangsa sebenar yang benar-benar terlibat dalam urus niaga dadah di negara Amerika Utara itu. -AFP
0 comments
Post a Comment