Jun 27, 2018

Fasha Sandha Enggan Komen Dakwaan Video Berpeluk Dengan Pelakon Aidil Aziz

PETALING JAYA - Aktres jelita Fasha Sandha enggan mengulas lanjut mengenai sebuah video yang didakwa memaparkan dirinya berpeluk dengan pelakon Aidil Aziz atau Mohd Aidil Abdul Aziz.

Rakaman video berdurasi sekitar 23 saat itu tular di media sosial sejak semalam (Selasa) yang menunjukkan kedua-dua pelakon berkenaan baharu tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).

Fasha Sandha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 34, bagaimanapun mengakui rapat dengan Aidil, 29, namun enggan mengulas lanjut mengenai status hubungan mereka.

"Buat masa sekarang kami berkawan sahaja dan tidak mahu komen lebih lanjut. Mungkin ramai yang merestui hubungan saya dengan Aidil kerana dia bukan berstatus suami orang, belum berkahwin dan bujang.

"Mengenai video tersebut, saya mohon maaf kerana tidak mahu memberi sebarang komen," katanya yang ditemui pada majlis tayangan perdana filem Blok 404 di pusat beli -belah eCurve, Damansara.

Mengulas lanjut, Fasha juga memberitahu bahawa dia kini selesa menjalani kehidupan solo bersama dua cahaya matanya tanpa menjalin hubungan dengan mana-mana lelaki.

Namun, meskipun mengakui selesa hidup sendiri, pelakon filem Anak Mami Kembali itu bagaimanapun turut memberi bayangan seakan dia kini sedang menjalin hubungan cinta dengan seseorang apabila mengatakan statusnya kini ialah single but not available (solo tetapi tidak boleh dimiliki).

"Saya selesa menjalani kehidupan solo kerana bebas dan mudah untuk bekerja," katanya.

Fasha sebelum ini pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 27 April 2012 dan bercerai sekitar Januari 2016.

Hasil perkahwinan tersebut mereka diikurniakan dua cahaya mata, Putra Rayfal, 4, serta Putri Raysha Jemyma, 3. -kosmo

0 comments

Post a Comment