SEATTLE, Amerika Syarikat (AS) – Lima sekeluarga meninggalkan kehidupan sempurna untuk belayar di sekeliling dunia sejak 10 tahun lalu sejauh 93,341 kilometer dan melawat 48 buah negara dengan kos AS$300,000 (RM1.22 juta).
Behan dan Jamie Gifford membuat keputusan tersebut pada Ogos 2008 bersama tiga anak-anak mereka, Niall, Mairen dan Siobhan ketika masing-masing berusia sembilan, enam dan empat tahun.
Pasangan tersebut memulakan perjalanan impian yang dirancang bermula pada tahun 2002 lima tahun lebih awal selepas Mairen dilahirkan dan ibu Jamie meninggal dunia akibat kanser apabila berlepas dari Puget Sound, Washington berbekalkan wang AS$90,000 (RM364,702).
Setelah simpanan kewangan dan perancangan rapi dibuat, Behan, 48, meletak jawatan di agensi pengiklanan digital manakala Jamie, 52, meninggalkan perniagaan pengedaran alatan perubatan dan memberhentikan persekolahan anak-anak mereka.
Sepanjang tempoh 10 tahun pelayaran bersama bot mereka bernama Totem, pelbagai cabaran ditempuhi seperti dilambung ombak ganas, kebakaran serta nyaris dilanggar bot kuasa tinggi yang hilang kawalan dan semua detik-detik itu ditulis di dalam blog sailingtotem.com.
Bagaimanapun, anak sulung mereka, Niall yang kini berusia 19 tahun dan belajar sendiri akan meninggalkan pelayaran tersebut kerana ingin menyambung pengajian di sebuah kolej ekonomi di AS bagi mempelajari bahasa Perancis. – Agensi
0 comments
Post a Comment