Jul 2, 2018

Caj RM0.50 Pemindahan Wang Antara Bank Kini Di Hapuskan

Sebuah berita baik buat mereka yang kerap menggunakan perbankan atas talian serta online shopping dimana bermula hari ini kesemua bank tidak lagi menyertakan caj RM0.50 bagi pemindahan wang.

Perubahan yang dibuat ini selari dengan hasrat Bank Negara bagi merancakkan lagi industri atas talian serta e-dagang.

Dalam pada itu difahamkan pemindahan wang tanpa caj ini cuma tertakluk kepada pemindahan wang antara bank dibawah nilai RM5,000 dan kebawah sahaja.

Dengan implementasi sistem terbaru ini, kemungkinan kita akan melihat penggunaan e-wallet bakal lebih rancak selepas ini.

Berita yang diumumkan ini pastinya antara yang dinanti-nantikan khusus buat mereka gemar membeli belah secara atas talian. -amanz

0 comments

Post a Comment